Selasa, 8 April 2008

Selamat Datang ke Weblog Pemuda Paroi

Blog ini diterbitkan oleh Pemuda Umno Paroi, untuk berkongsi idea dan pandangan
tentang pelbagai bidang baik dari segi politik,ekonomi,masalah sosial,aktiviti dan pelbagai lagi, jadi kami berharap dengan penubuhan blog ini akan mendekatkan lagi diri kami dengan Pemuda - pemuda diluar sana sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama antara satu sama lain.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pemuda - pemuda paroi kerana telah memberikan sepenuh kerjasama semasa pilihanraya ke - 12 baru - baru ini, kami sangat terharu melihat komitmen anda semua kepada pertubuhan kesayangan kita ( UMNO ) dan kami sangat berharap anda semua akan terus setia kepada UMNO demi membela nasib bangsa Melayu yang semakin tertindas di tanah air sendiri. Jadi disini kami ingin menyeru pemuda - pemuda melayu untuk bersama - sama bangkit bersama kami untuk terus mempertahankan AGAMA,BANGSA & NEGARA kita dari ideologi pembangkang yang telah mengucar - kacirkan bangsa kita sendiri tanpa mereka sedar yang mereka sendiri sebenarnya yang akan menjahanamkan Malaysia ini.

Dengan ini sekali lagi kami menyeru pemuda - pemuda sekalian, BUKA lah minda anda, LUAS kan pandangan anda, dan Pertimbangkan lah sebaik - baiknya kerana nasib negara kita terletak ditangan kita sendiri !!!

USUL PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN REMBAU

- USUL EKONOMI

MENYEDARI
bahawa faktor ekonomi merupakan tulang belakang dan pemangkin dalam usaha memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara, sesuatu tindakan perlu di ambil bagi memelihara dan mempertahankan kepentingan ekonomi dan nasib Bangsa Melayu di Tanah Air sendiri agar menjadi satu bangsa yang disegani dan tidak mengemis di Negara sendiri. MENGINSAFI kemewahan ekonomi akan membawa Umat Melayu kepada kekuatan, kestabilan ekonomi akan memungkinkan Orang Melayu terdesak melakukan apa sahaja, termasuk mengemis dan menjadi pak turut.
MEMBANTAH sekeras- kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Thierry Rommel, Duta European Union di Malaysia yang mengecam DEB sebagai penghalang kepada anjakan ekonomi Malaysia kerana ianya merupakan satu pendapat yang tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan dari segi teori serta melampaui sempadan garisan dimplomatik.
MENSYUKURI bahawa kerajaan dan yang ditunjangi oleh UMNO telah akur dan telah berusaha untuk mempertingkatkan ekonomi Bangsa Melayu supaya mereka mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa – bangsa lain. Usaha ini dapat dilihat dengan kepelbagaian usaha dan bidang baru yang diterokai.
MEYAKINI RMK9 adalah satu usaha kerajaan yang akan memberi peluang seluas- luasnya kepada Orang Melayu melibatkan diri dan menikmati kemewahan Negara ini. Dasar Pertanian dalam pentas dan versi baru telah diberikan nafas semula supaya golongan petani yang rata – ratanya Orang Melayu akan emndapat limpahan rahmat ini.
MAKA dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah mengambil beberapa ketetapan didalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang bertarikh 15hb Julai 2007 dengan ini membuat ketetapan :-
1. Menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha Kerajaan Pusat dan Negeri yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan peluang- peluang yang seluasnya kepada mereka yang telah menceburi dan yang mempunyai pengetahuan serta berpotensi untuk berjaya.
2. Membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dilihat oleh Therry Romel Dute,European UNION di Malaysia yang mengecam DEB sebagai penghalang kepada anjakan ekonomi Malaysia. Ini adalah pendapat yang tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan dari segi teori melampaui garisan diplomatic. Ini merupakan satu pendapat yang tidak berasas dan tidak boleh dibuktikan dari segi fakta dan hujah. Penggubalan Dasar Ekonomi baru berteraskan tujuh kompenan utama. Dari tujuh teras utama ini, hanya satu teras yang berkait secara langsung dengan pembangunan bumiputera iaitu penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi. Enam teras yang lain melbatkan semua kaum di Malaysia. Contoh terbaik kejayaan dasar ekonomi baru kepada Warga Malaysia tanpa mengira kaum ini ialah dengan kejayaan usaha membasmi kemiskinan 52.4% pada tahun 1971 ke 61% pada tahun 1997 hingga ke 0.7% pada tahun 2004. Jelas, DEB merupakan satu dasar yang amat berguna dalam konteks pembangunan Negara. Tambahan pula,apa yang tidak boleh dipisahkan dari DEB ialah fungsinya dalam mewjudkan landasan kestabilan politik yang membolehkan rakyat majmuk Malaysia hidup aman dan damai didalam Malaysia lebih dari 35 tahun. Faktor kestabilan inilah yang berjaya menarik pelabur asing yang sanggup membelanjakan berbillion ringgit untuk berniaga di Malaysia.
3. Justeru, Pemuda Umno Bahagian Rembau menyarankan agar penggunaan teknologi dalam kegiatan ekonomi di tingkatkan melalui perlaksanaan program latihan yang komprehensif dan terkini untuk membangunkan Bangsa Melayu supaya dapat bersaing. Kita tidak mahu lagi ketingalan dan hanya bertindak apabila masa sudah terlalu terlambat.
4. Ketirisan tetap menjadi masalah nasional. Pada peringkat nasional banyak yang telah di perkatakan untuk memerangi benlangu ini, tetapi masalah ketirisan tetap ujud. Kami berharap kerajaan akan bersungguh-sungguh memerangi gejala ini hingga mencapai kejayaan demi hari depan ANAK BANGSA.
Anak agam jual sutera,
Jual di Rembau tengah pekan,
Jangan di genggam seperti bara,
Terasa hangat dilepaskan .
Justeru, selain dari langkah yang telah dan akan diambil, Pemuda UMNO Bahagian Rembau berpandapat antara langkah jangka masa panjang yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ketirisan ini ialah untuk melaksanakan lebih banyak program pembangunan usahawan yang menyeluruh dengan tujuan untuk membentuk komuniti peniaga bumiputera tulen yang berkemampuan. Dengan adanya kemampuan yang tulen, kami percaya bahawa usahawan melayu tidak lagi akan bergantung kepada orang lain dan mereka sudah pastinya ingin berusaha untuk mengaut keuntungan yang lebih lumayan.
5. Dasar kerajaan untuk membangunkan wilayah- wilayah di Malaysia merupakan satu langkah yang berwawasan kerana ia dapat membantu dalam usaha merapatkan jurang perbezaan dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pembangunan bersungguh dan efisien yang disaksikan di wilayah pembangunan iskandariah dan nothern coridor ( pembangunan kawasan utara ) membuktikan bahawa pelaksanaan dasar juga diberi perhatian yang terperinci oleh kerajaan. Pemuda UMNO Rembau percaya Negeri Sembilan akan diberi perhatian dan peluang yang sama agar negeri ini dapat meneruskan prestasinya dalam pembangunan ekonomi dimana indeks komposit pembangunan negeri berada pada tahap 102.3 pada tahun 2005, tempat ke-5 dari 14 negeri di Malaysia. Justeru, Pemuda UMNO berharap kerajaan dapat meneruskan usaha gigih dalam pelaksanaan RMK-9 dalam membangunkan seluruh wilayah di Malaysia amnya dan wilayah-wilayah di Negeri Sembilan khususnya.
6. Pembangunan Modal Insan merupakan antara teras RMK-9. Antara masalah yang perlu diatasi dalam konteks pembangunan Modal Insan ialah dalam mengatasi kesinambungan antara keperluan akademik dan keperluan praktikal di alam pekerjaan. Masalah ini merupakan antara punca pengangguran yang kebanyakkannya melibatkan Bangsa Melayu kita sendiri. Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Rembau menyambut langkah Kerajaan Negeri Sembilan untuk membangunkan modal insan dengan memberi fokus kepada keperluan kesinambungan pelajaran dan alam pekerjaan yang lebih khusus, Seperti usaha mengambil alih Allson Klana dan menukarkannya kepada sebuah pusat pengajian yang dapat menjana lebih banyak lagi inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri demi pembangunan Modal Insan dan peningkatan kemahiran. Kerajaan menjangkakan tahap penduduk bandar di Negeri Sembilan akan meningkat dari 54.9% pada tahun 2000 ke 57.4% pada tahun 2010. Ini hanya akan menjadi kenyataan jika kita dapat menjana peluang ekonomi yang sedia ada sekarang dengan sebaik mungkin untuk mereka. Dengan wawasan yang bernas, usaha yang gigih dan muafakat di kalangan bangsa dalam konteks pembangunan ekonomi, changkat sama didaki, lurah sama dituruni, Insya- Allah pembangunan ekonomi yang setelah sekian lama akan menjadi kenyataan